MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN PERSEKOLAHAN 2018, PERINGKAT NEGERI KEDAH, KAWASAN KUALA KEDAH

/ / Pendidikan

Pada 12 Januari 2018, Yayasan Taqwa (MAIWP) dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat Kuala Kedah telah mengadakan Majlis Penyampaian Sumbangan Persekolahan 2018, peringkat Negeri Kedah, kawasan Kuala Kedah kepada pelajar-pelajar sekolah rendah. Majlis sumbangan ini telah diadakan di Konkos MADA Ampang Jajar, Alor Setar, Kedah. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Y.Bhg Dato’ Wira Haji Abdullah Hasnan Kamaruddin, Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP) Kuala Kedah. Turut hadir, Y.Bhg. Tuan Haji Zabidi Bin Nasan, Pengurus Besar Yayasan Taqwa (MAIWP) yang menyaksikan penyerahan sumbangan berupa set pakaian dan peralatan persekolahan kepada seramai 400 orang pelajar. Di dalam ucapannya, Y.Bhg Dato’ Wira Haji Abdullah Hasnan Kamaruddin turut mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah diatas kerjasama yang diberikan oleh agensi-agensi yang terlibat bagi membolehkan majlis tersebut berjalan lancar. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memberi galakan dan dorongan serta membantu pelajar-pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan mendapat pendidikan yang sempurna dan lebih baik dari masa ke semasa.