Majlis Pelancaran dan Pelepasan Skuad Musa’adah Agensi-Agensi Agama

/ / Kebajikan
22 Disember 2022, Kompleks Islam Putrajaya (KIP) – Satu Majlis Pelancaran dan Pelepasan Skuad Musa’adah Agensi – Agensi Agama Di bawah YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang bertempat di Dataran Kompleks Islam Putrajaya.
 
Majlis pelancaran ini disempurnakan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar serta melibatkan wakil semua agensi-agensi agama.
 
Majlis dimulakan dengan ucapan YB menteri seterusnya penyerahan vest skuad musa’adah kepada ketua-ketua agensi, penyerahan mockup cek bantuan, simbolik melekat pelekat skuad musa’adah disemua kenderaan-kenderaan yang terlibat dan pelepasan kenderaan skuad musa’adah.
 
MAIWP melalui Yayasan Taqwa menyalurkan bantuan kepada mangsa mangsa yang terlibat merangkumi makanan sedia untuk dimakan (RTE) dan pelbagai lagi keperluan. Jaringan bantuan ini juga diperluaskan lagi dengan penglibatan Badan Bukan Kerajaan (NGO/NPO) bagi memantapkan lagi penyerahan bantuan ini.
 
Turut hadir dalam majlis pelancaran Pengerusi Yayasan Taqwa-MAIWP, Y.Bhg Prof. Dr. Mohd Roslan bin Mohd Nor, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa-MAIWP, Tuan Haji Zabidi bin Nasan serta pegawai-pegawai dan wakil-wakil yang terlibat.
 
Skuad musa’adah ini akan mula bergerak ke negeri-negeri yang terlibat bencana banjir dalam masa terdekat dimana setiap agensi akan membawa bantuan bagi diagihkan kepada mangsa-mangsa. Semoga dipermudahkan urusan dalam penyampaian bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.