Program berteraskan Dakwah bagi mempertingkatkan Islam yang berkualiti seperti Ziarah Dakwah, Forum Perdana, Kem Kerohanian, seminar dan sebagainya. Program ini dilaksanakan bagi mendekati mereka yang beragama Islam untuk memantapkan kefahaman dan penghayatan Islam secara syumul bagi melahirkan khaira ummah. Disamping bagi menjayakan pelaksanaan dakwah secara menyeluruh, bersepadu dan berstrategi sesuai dengan peredaran semasa. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama agensi kerajaan atau agensi kebajikan swasta.