Sejarah Penubuhan

Pada 20 Nov. 1990 Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan Berhad (Yayasan Taqwa) telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebagai sebuah syarikat berhad menurut jaminan. Maksud syarikat berhad menurut jaminan ini adalah ia ditubuhkan dengan prinsip liabiliti ahli-ahli adalah terhad dengan amaun yang dinyatakan dalam memorandum yang mana ahli-ahli berkenaan akan menyumbang amaun tersebut kepada aset syarikat sekiranya syarikat dibubarkan kelak. Ia juga bagi memastikan syarikat tidak akan digunakan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang, memudaratkan dan bertentangan dengan keamanan, kebajikan, keselamatan Negara dan kepentingan awam.

 

Perkataan "BERHAD" Digugurkan

Pada Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah kali ke 32 pada 12 Feb. 2008 yang di pengerusikan oleh Y.B Dato’ Dr. Abdullah bin Md Zin telah meluluskan agar perkataan “BERHAD” pada akhir nama Yayasan Taqwa digugurkan untuk membolehkan Yayasan Taqwa memohon kelulusan di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967. Tujuan Yayasan membuat permohonan ini adalah untuk mendapatkan pelepasan cukai kepada penderma-penderma Yayasan samada ia organisasi atau individu . Perkataan “BERHAD” ini telah diluluskan untuk digugurkan pada akhir nama Yayasan Taqwa pada 12 Jun 2008 kemudian ini disebut sebagai YAYASAN TAQWA WILAYAH PERSEKUTUAN.

Setelah perkataan “BERHAD” digugurkan dari nama Yayasan Taqwa maka yayasan hendaklah mematuhi syarat-syarat di bawah Seksyen 24 Akta Syarikat 1965. Walaubagaimanapun permohonan kelulusan di bawah Subsekyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 tidak dapat dipertimbangkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia kerana Yayasan Taqwa adalah milik penuh MAIWP dimana MAIWP telah diberi pelepasan cukai di bawah Subseksyen 44(6).

Pengurusan Perjalanan Pentadbiran

Pengurusan perjalanan pentadbiran Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan di ketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif  ,Tuan Haji Zabidi bin Nasan di mana beliau menguruskan Yayasan dan akan bertanggungjawab secara langsung kepada Lembaga Pemegang Amanah dan disokong oleh kakitangan Yayasan yang lain, yang akan bertanggungjwab terhadap keseluruhan pelaksanaan program dan kegiatan Yayasan yang diluluskan.

Zabidi Bin Nasan

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
TOP