RM66,596.00 bagi Program SISWA+

/ / Pendidikan
20 Julai 2023, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) – Yayasan Taqwa MAIWP memperuntukan sebanyak RM66,596.00 bagi Program SISWA+ yang berlangsung di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
 
Program SISWA+ adalah sumbangan berbentuk Komputer Riba dan Data Internet bernilai RM3,329.80 seorang untuk disumbangkan kepada 20 orang Mahasiswa terpilih di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
 
Majlis penyerahan sumbangan disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa MAIWP, Tuan Haji Zabidi bin Nasan dengan penyerahan barangan sumbangan kepada penerima.
 
Semoga dengan sumbangan ini, sedikit sebanyak dapat meringankan beban pelajar-pelajar dan memberi manfaat kepada mereka.