15 Julai 2023, Kelantan – Program Karnival Al- Falah Peringkat Negeri Kelantan telah diadakan bertempat di SMK Kampong Laut, Tumpat. Karnival tersebut telah diisi dengan pelbagai siri jelajah dan bantuan untuk asnaf dan masyarakat merangkumi pelbagai aspek.
Karnival ini dengan kerjasama agensi di bawah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Yayasan Taqwa-MAIWP turut menyalurkan bantuan sumbangan kepada 200 asnaf dan golongan B40 yang memerlukan. Selain itu turut diserahkan replika cek Bayt Al Rahmah bagi pembinaan rumah musibah di sekitar negeri Kelantan dan sumbangan untuk pelajar asnaf dan pelajar OKU.
Karnival tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB. Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Naim bin Haji Mokhtar.
Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM, Tuan Haji Ruslan bin Said, Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Haji Zamri bin Zainal Abidin, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa-MAIWP, Tuan Haji Zabidi bin Nasan serta wakil- wakil agensi di bawah JPM ( Hal Ehwal Agama).
Karnival tersebut amat meriah dengan kehadiran masyarakat setempat sekaligus dapat mengeratkan lagi silaturrahim di antara agensi kerajaan dan masyarakat. Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban penerima dan menceriakan kehidupan seharian.
















