
06 Mac 2025 , Bentong – Yayasan Taqwa – MAIWP dengan kerjasama Bahagian Dakwah, JAKIM, Jabatan Agama Islam Pahang, Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang dan Jabatan Kemajuan Orang Asli telah mengadakan Program Ihya’ Ramadan bersama Masyarakat Orang Asli Negeri Pahang 1446H.
Program tersebut telah diadakan di Perkampungan Orang Asli Sungai Dua Hulu, Bentong. Dalam program tersebut seramai 200 KIR telah disantuni melibatkan KOA Sungai Gabong, KOA Sungai Lebak dan KOA Hulu Chemperoh.
Antara aktiviti yang diadakan sepanjang program tersebut adalah Ziarah Mahabbah dan Ramah Mesra bersama penduduk, tadarus Al Quran, penyampaian sumbangan, tazkirah, solat sunat tarawihk dan diakhiri dengan moreh.
Turut disampaikan sumbangan kepada Surau Ar Raudhah bagi aktiviti pengimarahan surau dan aktiviti masyarakat. Program tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Dr. Muhammad Yamin bin Ismail, Pengarah Kanan Bahagian Dakwah, JAKIM, Turut serta Tuan Haji Mohd Fadzli bin Mat Saman, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, JAIP, Puan Raudhah binti Kursus @Othman Ketua Unit Dakwah, Yayasan Taqwa- MAIWP dan wakil JAKOA.
Semoga dengan adanya program ini dapat menyemai perpaduan dikalangan masyarakat khususnya masyarakat orang asli bersama agensi kerajaan.