
12 September 2025 | Jasin – Susulan Program Ziarah Madani Bersama Masyarakat Orang Asli Negeri Melaka pada Mei lalu, seorang asnaf OKU Orang Asli telah dikenalpasti untuk dibantu.
Hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Bin Mokhtar bersama Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa – MAIWP, Tuan Hj. Abdullah Zuhdee Bin Ab Halim turun padang menyampaikan sumbangan sebuah kerusi roda elektrik bernilai RM4,090.00 kepada Encik Ebby Azlan Bin Muhammad Aziz Ah Jeet di Farmasi Jasin, Melaka.
Encik Ebby yang merupakan suku kaum Temuan dari Kampung Orang Asli Lubuk Bandung, Simpang Bekoh lumpuh akibat kemalangan sejak usia 19 tahun kini tinggal bersama ibu dan neneknya. Beliau sebelum ini hanya menggunakan kerusi roda lama yang sudah uzur. Semoga sumbangan ini diharap dapat memudahkan beliau menjalani kehidupan harian serta meningkatkan kualiti hidup bersama keluarga.