Bantuan Persekolahan Bersama PDRM Kontinjen Perak

/ / Pendidikan
7 Januari 2026, IPOH – Selepas berlangsungnya Majlis Penyerahan Sumbangan Program Jom Ke Sekolah (JKS) di Hulu Selangor pada sebelah pagi, Yayasan Taqwa–MAIWP telah meneruskan pelaksanaan program yang sama di Ipoh, Perak melalui Majlis Penyampaian Sumbangan Program Jom Ke Sekolah (JKS) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Perak.
 
Menerusi majlis ini, sejumlah RM73,200 telah disalurkan kepada 400 orang pelajar sekolah rendah dan menengah dari kawasan sekitar negeri Perak melibatkan sumbangan berupa set pakaian serta keperluan persekolahan.
 
Majlis penyampaian ini telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Muhammad Kamil Bin Abdul Munim, Setiausa Politik kepada Menteri Kewangan Malaysia yang bertempat di Dewan Serbaguna Pusat Latihan Pasukan Gerakan Udara (PLPGU) Ipoh, Perak.
 
Turut Hadir, YBrs. Tuan Mohd Kamarul Arifin Bin Mohd Wafa, Pegawai Tugas-tugas Khas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YDH. DCP Mohammad Azlin Sadari, Timbalan Ketua Polis Perak, Y.Bhg. Muhamad Hafiz Bin Razi, Ketua Unit Pendidikan Yayasan Taqwa-MAIWP yang mewakili Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa-MAIWP serta tetamu jemputan ibu bapa dan para pelajar.
 
Semoga dengan adanya bantuan persekolahan ini dapat menyuntik semangat serta motivasi kepada para pelajar untuk hadir ke sekolah, belajar dan berjaya dalam pelajaran.