Bantuan Persekolahan Kawasan Meru

/ / Pendidikan
8 Januari 2026, MERU, KLANG – Yayasan Taqwa-MAIWP telah menyampai sumbangan berjumlah RM73,200 melalui Majlis Penyampaian Sumbangan Program Jom Ke Sekolah (JKS) 2026 dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat Dun Meru. Melalui majlis ini, seramai 400 orang pelajar sekolah rendah & menengah dari kawasan sekitar Meru Klang telah menerima sumbangan berupa set pakaian & keperluan persekolahan.
 
Majlis penyampaian ini telah disempurnakan oleh YB Senator Marhamah Binti Rosli, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang mewakili YB Senator Dr. Zulkifli Bin Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bertempat di Dewan MBDK, Meru.
 
Turut Hadir, YB. Puan Mariam Abdul Rashid, Ahli Dewan Negeri Meru, YBhg. Tuan Hj. Abdul Aziz Bin Abd. Jalal, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Taqwa-MAIWP, YBhg. Tuan Hj. Abdullah Zuhdee Bin Ab Halim, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa-MAIWP, YBhg. Mohd Fitri Aziz Bin Mohd Yusof, Pengarah YADIM Negeri Selangor serta tetamu jemputan ibu bapa dan para pelajar.
 
Dalam ucapan YB Timbalan Menteri Agama menyatakan sumbangan yang diberikan pada hari ini sedikit sebanyak bertujuan untuk menyuntik semangat serta motivasi kepada pelajar yang akan memasuki sesi persekolahan yang baharu tidak lama lagi.
 
Selain itu, sumbangan ini diharapkan dapat meringankan beban ibu bapa dalam menyediakan keperluan anak-anak pada permulaan sesi persekolahan, ia melambangkan semangat Madani Bekerja dan selari dengan inisiatif Jabatan Perdana Menteri (HEA) untuk turun padang menyantuni masyarakat melalui mesej MADANI Membantu.