Penyerahan Bayt Al Rahmah di Tumpat

/ / Kebajikan
BANTUAN MUSIBAH BAYT AL RAHMAH BAGI MANGSA BANJIR DI TUMPAT, KELANTAN
 
8 Januari 2026, Tumpat, Kelantan – Yayasan Taqwa MAIWP telah memperuntukkan sebanyak RM119,985.00 bagi pembinaan sebuah rumah asnaf menerusi Bantuan Musibah Bayt Al Rahmah. Bantuan ini khusus kepada asnaf yang terkesan dan kehilangan tempat kediaman akibat musibah.
 
Majlis perasmian bantuan tersebut telah disempurnakan oleh YB Senator Puan Marhamah binti Rosli, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Turut diadakan gimik penyerahan rumah yang melibatkan penyerahan replika kunci serta menandatangani plak sumbangan sebagai simbolik penyerahan Bantuan Rumah Bayt Al Rahmah kepada penerima.
 
Majlis turut dihadiri oleh Tuan Haji Abdullah Zuhdee bin Ab Halim, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa MAIWP, YBrs. Dr. Mohd Razak bin Idris, Penaung Pusat MADANI Tumpat, YB Dr. Hafidzah binti Mustakim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama, YBrs. Mohd Afifi bin Ahmad Ashaari, Wakil Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Kelantan serta YBrs. Encik Abdullah Farizal bin Mohd Ashri, Wakil Ketua Jajahan Tumpat.
 
Sumbangan ini mencerminkan semangat MADANI Membantu dalam memperkasa kesejahteraan masyarakat yang terkesan dengan bencana, selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI dan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam memastikan kebajikan rakyat sentiasa terpelihara.