18 Jun 2026, Kampung Merbau Sempak – Prihatin terhadap nasib yang menimpa Adik Uthman yang menghidap penyakit jantung berlubang sejak lahir, Yayasan Taqwa MAIWP telah menyalurkan bantuan kebajikan bagi membantu meringankan beban kos perubatan serta keperluan perjalanan keluarga beliau ke hospital.
Adik Uthman yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik kini masih menerima rawatan dan pemantauan pakar di Hospital Serdang. Keadaan beliau akan terus dipantau dan pembedahan akan dipertimbangkan sekiranya perkembangan penyakit memerlukan tindakan lanjut.
Sumbangan ini disampaikan hasil kerjasama strategik antara Yayasan Taqwa MAIWP dan Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), sebagai manifestasi keprihatinan berterusan terhadap golongan yang memerlukan, khususnya pesakit kronik dan keluarga yang berdepan cabaran kewangan.
Penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa MAIWP, Dr. Mohd Faridh Hafez Bin Mhd Omar, di kediaman keluarga penerima. Kehadiran beliau mencerminkan komitmen yayasan dalam menyantuni masyarakat secara langsung serta memastikan bantuan sampai kepada golongan sasar.
Semoga bantuan yang disalurkan ini dapat memberikan sedikit kelegaan kepada keluarga Adik Uthman serta membantu memastikan beliau menerima rawatan yang diperlukan dengan lebih sempurna.
Yayasan Taqwa MAIWP akan terus komited memperkukuh agenda kebajikan dan menyampaikan bantuan yang memberi impak kepada kesejahteraan ummah.









