
29 November – 01 Disember 2024, Subang Jaya – Program “Awareness Through Mosque Tour” anjuran Yayasan Taqwa MAIWP dengan kerjasama Hidayah Center Foundation di Geno Hotel, Subang Jaya, Selangor.
Masjid merupakan tempat ibadah bagi umat Islam termasuk solat lima waktu dan solat Jumaat. Selain menjadi tempat ibadah, masjid juga berfungsi sebagai pusat komuniti untuk aktiviti sosial, pendidikan, dan kebudayaan. Selain itu juga, beberapa Masjid di Malaysia turut menjalankan aktiviti lawatan Masjid kepada pengunjung dari luar Negara yang mana kebiasaannya dari kalangan bukan beragama Islam.
Melalui program “Awareness Through Mosque Tour” ini dapat memberi kesedaran tentang keindahan islam dan ilmu pengetahuan kepada peserta mualaf yang hadir mengikuti program tersebut.
Program ini diadakaan selama 3 hari 2 malam dan peserta dibimbing oleh penceramah yang dijemput dari Discover Islam Society, Kingdom Of Bahrain, Sheikh Ahmad Abdulla Mohamed Yusuf Alkoheji bagi memahami lebih mendalam tentang agama Islam, demonstrasi sebagai “Mosque Tour Guided” dan melihat keindahan Masjid serta fungsi yang terdapat disekitar Masjid.
Program ini juga dapat memupuk semangat dan kepimpinan pada kalangan mualaf dalam penglibatan sebagai sukarelawan dalam berdakwah bagi tujuan mengajak masyarakat lain memahami, menghayati dan meningkatkan kesedaran tentang Islam. Sesi Praktikal pula telah diadakan di Masjid Kota Kemuning, Shah Alam.
Program diakhiri dengan Majlis Penutup dan penyampaian sijil kepada peserta yang disempurnakan oleh Ahli Lembaga Hidayah Center Foundation, Prof. Rehan.
Yayasan Taqwa MAIWP juga berharap agar program ini dapat memberi pengalaman dan ilmu baharu kepada peserta yang hadir serta dapat memastikan Syiar Islam di negara ini terus subur.