
Bentong, 23 Februari – Seramai 500 orang pelajar sekolah rendah dan menengah dari kawasan Bentong telah menerima manfaat melalui pelaksanaan Program Jom Ke Sekolah 2025. Para penerima telah diraikan melalui Majlis Penyampaian Sumbangan Program Jom Ke Sekolah (JKS) 2025, Kawasan Bentong.
Majlis yang diadakan bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Sulaiman ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Puan Young Syefura binti Othman, Ahli Parlimen Bentong. Turut hadir Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Taqwa-MAIWP, Y.Bhg Tuan Suhaili Bin Mohd Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa-MAIWP, Tuan Haji Zabidi Bin Nasan, wakil Pejabat Pendidikan Daerah Bentong, Pengetua SMK Sulaiman, guru-guru penyelaras dan para pelajar penerima sumbangan serta ibu bapa yang diraikan.
Melalui majlis ini para pelajar telah menerima sumbangan berjumlah RM87,500 dalam bentuk sumbangan keperluan persekolahan seperti baju sekolah, seluar/kain, kasut, stokin, tudung/tali pinggang, alat tulis dan beg sekolah. Dalam ucapannya, Yang Berhormat Puan Young Syefura binti Othman turut mengucapkan tahniah dan syabas diatas keprihatinan agensi agama seperti Yayasan Taqwa-MAIWP yang menyalurkan sumbangan kepada penerima di kawasan Bentong. Tambah beliau, sumbangan yang disalurkan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban kewangan ibu bapa penerima sumbangan dan memberi semagat kepada para pelajar untuk sesi persekolahan yang baharu.