BANTUAN SKUAD MUSA’ADAH MADANI

/ / Kebajikan
PROGRAM RAHMAH MADANI BANTUAN SKUAD MUSA’ADAH MADANI JAKIM DENGAN KERJASAMA YAYASAN TAQWA MAIWP KEPADA MANGSA BENCANA BANJIR DAERAH MUALLIM NEGERI PERAK
 
27 Dis 2023, BEHRANG – Program Penyerahan Bantuan Skuad Musa’adah Madani dengan kerjasama Yayasan Taqwa MAIWP kepada mangsa bencana banjir dan ribut daerah Muallim Negeri Perak.
 
Seramai 124 orang penerima bantuan mangsa banjir di kalangan penduduk Kampung Chinggung dan Kampung Sungai Bil Daerah Muallim telah menerima sumbangan sebanyak RM1000 seorang pada sesi penyerahan pada kali ini.
 
Penyerahan simbolik sumbangan disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa MAIWP, Tuan Haji Zabidi bin Nasan. Turut hadir Pegawai Penyelaras Takmir Negeri Perak yang mewakili Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Tuan Haji Mohd Azmi bin Haji Masjuri, Penghulu Mukim, dan PPMD Negeri Perak.
 
Semoga bantuan yang disampaikan ini dapat memberi manfaat serta meringkan beban mangsa banjir yang terlibat.