JAWATAN KOSONG KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

SENARAI TUGAS

 

JAWATAN          : KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

SKIM/GRED       : N52

BAHAGIAN        : PEJABAT KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­____________________________________________________________

Bertanggungjawab kepada terhadap Pengerusi dan Lembaga Pemegang Amanah

 

  1. Menyediakan Perancangan strategik pengurusan Yayasan Taqwa (MAIWP).

  2. Bertanggungjawab mengetuai dan menguruskan hal ehwal pengurusan Yayasan Taqwa keseluruhannya.

  3. Merancang dan melaksanakan pembangunan pentadbiran dan operasi selaras dengan kehendak semasa serta menambahbaik dan membentuk skim bantuan dari masa ke semasa dengan mengambilkira isu yang berkaitan.

  4. Bertanggungjawab memastikan program dan aktiviti unit-unit di bahagian dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.

  5. Bertanggungjawab menguruskan hal ehwal disiplin dan tatatertib semua pengkhidmat Yayasan Taqwa

  6. Bertanggungjawab dalam memastikan semua arahan-arahan dan prosedur yang telah ditetapkan adalah dipatuhi oleh semua bahagian /unit

  7. Menyediakan dan mengawal perbelanjaan tahunan bagi bahagian.

  8. Menyelaras aktiviti dan program yang dijalankan oleh Yayasan Taqwa.

  9. Bertanggungjawab dalam menguruskan Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah dan penyediaan laporan tahunan serta menyediakan Sasaran Kerja Tahunan (SKT).

  10. Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) pegawai pengurusan dan professional dan penilai kedua bagi semua anggota dan pegawai sokongan.

  11. Menterjemah misi dan objektif Yayasan Taqwa kepada pelan strategi yang khusus.

  12. Menubuh dan mengurus pelan pengurusan dan belanjawan Yayasan Taqwa, juga merangka beberapa kajian dan usaha yang perlu untuk memantapkan program dan aktiviti yang telah dikenal pasti.

  13. Mewujudkan, mengurus dan memotivasikan satu kumpulan yang kuat untuk memastikan kecemerlangan operasi Yayasan Taqwa.

  14. Mengawal disiplin staf.

  15. Memastikan segala urusan perundangan dan perakaunan diurus selaras dengan standard.

  16. Memastikan dan menyelia operasi program yang diadakan berjalan dengan lancar dan mencapai matlamat.

  17. Bertanggungjawab dalam memastikan setiap keputusan yang dibuat tidak melanggar undang-undang Islam.

  18. Memastikan hebahan kepada masyarakat melalui program yang dijalankan bahawa Yayasan Taqwa sebagai sebuah organisasi milik Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang menyantuni masyarakat islam di seluruh negeri kecuali Wilayah melalui agihan wang zakat

  19. Memastikan pencapaian key performance indeks, strategi dan sasaran program dapat dicapai.

  20. Merancang dan membentuk skim pentadbiran, skim kewangan dan skim bantuan dari masa ke semasa.

  21. Bersedia dan melaksana tugas-tugas khas dari  Pengerusi dan ahli Lembaga Pemegang Amanah dari masa ke semasa.