KEMBARA EKSPLORASI DAKWAH DAN RAMAH MESRA MASYARAKAT FELDA

/ / Dakwah

Yayasan Taqwa Dengan Kerjasama Puspanita MAIWP, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Seranta (Felda) Jabatan Perdana Menteri, Jawatankuasa Kerja Felda Tun Ghafar Kemendor, Jawatankuasa Kerja Felda Tun Ghafar Ayer Kangkong dan Sekolah Kebangsaan Kemendor telah berjaya menganjurkan Program Kembara Eksplorasi Dakwah Dan Ramah Mesra Masyarakat Felda pada 18 dan 19 Oktober 2016 bertempat di Felda Tun Ghafar Kemendor dan Felda Tun Ghafar Ayer Kangkong

Program ini merupakan satu program yang dianjurkan bagi mendekati masyarakat Felda. Penganjuran program ini adalah merupakan salah satu medium yang sangat berkesan untuk mendekati masyarakat desa sekaligus merapatkan ukhwah dan silaturrahim sesama Islam. Perlaksanaan yang berterusan dan secara konsisten serta terkawal dengan perpaduan syariah dalam jangkamasa yang panjang akan memberi impak besar kepada            pembinaan jati diri insan muslim. Akhirnya ia memberi kesan yang nyata kepada pembangunan kehidupan masyarakat yang seimbang,  harmoni dan sejahtera.

Seramai 800 orang penduduk dari kedua-dua buah felda yang terdiri daripada warga emas, belia dan kanak-kanak terlibat dengan aktiviti yang telah diaturkan. Antara aktiviti yang diadakan ialah perlawanan bola sepak dan bola jaring  berkain pelekat dan batik, Malam Aspirasi Seni pula didakan pada sebelah malamnya dimana wakil dari pihak Felda dan agensi sama-sama memberikan persembahan. Pada hari kedua kursus motivasi untuk pelajar-pelajar sekolah kebangsaan yang di selia oleh Permuafakatan Siswa Siswi Felda (PERSADA) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) telah diadakan manakala pertandingan gubahan tuala dan sirih junjung dan pertandingan memasak pula kaum wanita dikehendaki menyediakan dua menu iaitu asam pedas dan kuih abok-abok. Sesi pemeriksaan kesihatan pula dijalankan oleh Kolej Sains Perubatan Antarabangsa Pusrawi. Disamping itu penduduk dari kedua-dua felda bergotong royong dan bekerjasama untuk aktiviti kenduri rakyat. Pertandingan mewarna dan sukaneka dewasa dan kanak-kanak diadakan sebelah petangnya mendapat sambutan dan penyertaan yang menggalakkan daripapa penduduk sekitar. Perlawanan Bola Sepak Antara MAIWP FC dan MBFM menyaksikan kemenangan berpihak kepada MAIWP FC dengan mata kemenangan 3-0.

Kemuncak Penganjuran program ini adalah Forum Perdana yang bertajuk Bahagia di Dunia, Syurga Di akhirat dengan ahli panel yang dijemput adalah Us. Mohd. Hariri bin Haji Mohamad Daud daripada Bahagian Dakwah JAKIM sebagai moderator, panel pertama S.S Datuk Haji Abdul Halim Bin Tawil, Mufti Negeri Melaka dan Panel Kedua ialah Tuan Mohd Zaidi bin Ramli Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Dakwah JAKIM.

Majlis Perasmian disempurnakan Oleh Y.B Datuk Wira Ghazale Bin Mohammad Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Rim, Turut hadir bersama Y.B. Dato’ Ng Choon Koon, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bemban, Y. Bhg. Dato’ Haji Mohamad Khairudin Bin Haji Mohamad, Pengarah Seranta (FELDA) Jabatan Perdana Menteri Y. Bhg. Datuk Zainal Abidin Bin Jaffar, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Taqwa (MAIWP) Dan Pengerusi Kluster Sosial Dan Komuniti, Gabungan Pemikir Profesional FELDA dan isteri Y. Bhg. Datin Hajah Sadiah Binti Abu Samah, Pengerusi PUSPANITA MAIWP, Pengurus Besar Yayasan Taqwa Tuan Haji Zabidi Bin Nasan. Turut serta adalah pegawai-pegawai dari Yayasan Taqwa, MAIWP,  JAKIM, Seranta (FELDA) JPM dan FELDA.