Laman Web Rasmi Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan

  • Laman Utama
  • Kenali Kami
    • Sejarah Penubuhan
    • Peranan Utama
    • Objektif Korporat
    • Visi & Misi
  • Teras Utama
    • Pendidikan
    • Kebajikan
    • Dakwah
  • Hubungi Kami
    • Lokasi Kami
    • Ahli Lembaga Pemegang Amanah
    • Direktori Staf
    • Pertanyaan / Aduan / Cadangan
  • Tender
    • Kenyataan Tender yang telah diterima
    • Jadual Tender 2025
    • Keputusan Tender 2025
  • Home
  • Pendidikan
  • MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN PERSEKOLAHAN 2017, PERINGKAT NEGERI SEMBILAN, KAWASAN REMBAU

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN PERSEKOLAHAN 2017, PERINGKAT NEGERI SEMBILAN, KAWASAN REMBAU

by Unit Pendidikan / Thursday, 26 January 2017 / Published in Pendidikan

Majlis Penyampaian Sumbangan Persekolahan 2017, peringkat Negeri Sembilan, kawasan Rembau pada kali ini telah diadakan pada 25 Januari 2017 bertempat di Dewan Pejabat Pendidikan Daerah Rembau, N. Sembilan anjuran bersama Yayasan Taqwa (MAIWP)dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Rembau dan Pejabat Ahli Parlimen Rembau. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Zaifulbahri Bin Idris, Exco Kerajaan Negeri Sembilan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Chembong. Turut hadir,Pengurus Besar Yayasan Taqwa (MAIWP), Y.Bhg. Tuan Haji Zabidi Bin Nasan, Presiden GPMS, Y.Bhg. Tuan Haji Zambri Bin Isa dan wakil PPD Rembau. Melalui majlis ini, sumbangan telah disampaikan kepada 263 orang pelajar sekolah rendah yang mana setiap pelajar menerima sumbangan berbentuk set pakaian dan peralatan persekolahan. Di dalam ucapannya, YB Dato’ Zaifulbahri Bin Idris menegaskan bahawa sumbangan yang diberikan ini adalah bagi meringankan beban keluarga pelajar yang kurang berkemampuan dalam menjalani sesi persekolahan yang baru dibuka. Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada Yayasan Taqwa (MAIWP), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Pejabat Pelajaran Daerah Rembau danPejabat Ahli Parlimen Rembau diatas kerjasama yang diberikan bagi melancarkan majlis tersebut.

Tagged under: Pendidikan

What you can read next

PROGRAM JOM KE SEKOLAH 2020, KAWASAN SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
Sumbangan beg sekolah kepada pelajar-pelajar
Bantuan Persekolahan SK Pulau Mabul

SEARCH

RECENT POSTS

  • Sumbangan Perkasa Peranan Mahasiswa

  • Sumbangan Bagi Pembelian Van Jenazah

  • Sumbangan Kerusi Roda Elektrik

logo-ppz-transparent
YAYASAN TAQWA WILAYAH PERSEKUTUAN

Tingkat 11, Bangunan PERKIM,
No. 150 Jalan Sultan Azlan Shah
51200 Kuala Lumpur. MALAYSIA.
No Tel : 03-4041 4155 / 4166
Email : [email protected]

  • GET SOCIAL

© 2023 HAK CIPTA TERPELIHARA. YAYASAN TAQWA WILAYAH PERSEKUTUAN. Disediakan oleh Unit Teknologi Maklumat

TOP