MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN PERSEKOLAHAN 2019, KAWASAN JERLUN, KEDAH

/ / Pendidikan

Seramai 600 orang pelajar sekolah rendah daripada keluarga yang kurang berkemampuan di kawasan Jerlun, Kedah telah menerima bantuan persekolahan sempena Majlis Penyampaian Sumbangan Persekolahan 2019, Kawasan Jerlun, Kedah yang telah diadakan pada 10 Februari 2019 bertempat di Dewan Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu, Kedah. Program anjuran bersama Yayasan Taqwa (MAIWP), Pusat Khidmat Rakyat DUN Kota Siputeh dan Pejabat Exco Pendidikan Negeri Kedah ini telah dirasmikan oleh Yang Behormat Dr. Salmee Binti Said yang merupakan Exco Pendidikan Negeri Kedah dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Siputeh. Turut hadir menyerikan majlis, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa (MAIWP), Y.Bhg. Tuan Haji Zabidi Bin Nasan. Bagi Majlis Penyampaian Sumbangan Persekolahan Kawasan Jerlun pada kali ini, Yayasan Taqwa (MAIWP) telah menyumbangkan sumbangan berbentuk set pakaian dan peralatan persekolahan  kepada pelajar-pelajar yang terpilih yang datang daripada keluarga yang kurang berkemampuan. Sumbangan ini diberikan bagi memastikan pelajar-pelajar tersebut belajar dalam keadaan yang lebih selesa dengan pakaian baru. Selain itu juga, ia juga bagi membantu pelajar-pelajar berkenaan berjaya di alam persekolahan dan menjadi insan yang berguna pada masa hadapan kelak bagi membantu keluarga mereka keluar dari kepompong kemiskinan.