Pejuang Kanser Si Cilik, Nur Aira Melissa

/ / Kebajikan
25 Mei 2026, HCTM – Pagi tadi MAIWP berkesempatan menziarahi adik Nur Aira Melissa Binti Muammar Haziq, 6 tahun yang sedang dirawat di Wad Kanak-Kanak, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM).
 
Ziarah ini telah diketuai oleh YBhg. Datuk Mohd Nizam Bin Haji Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, dan turut disertai oleh YBhg. Dr. Mohd Faridh Hafez Bin Mhd Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa.
 
MAIWP melalui Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan turut menyalurkan sumbangan wang tunai sebanyak RM5,000 bagi meringankan beban keluarga ini yang sedang menghadapi ujian berat apabila puteri sulung mereka telah disahkan menghidap Kanser Burkitt Lymphoma Tahap 3 serta memulakan rawatan kemoterapi pertama pada hari ini.
 
Disebabkan adik Nur Aira Melissa Binti Muammar Haziq sedang dirawat di ICU, ibu dan ayahnya ditempatkan di Ronald McDonald House Charities HUKM agar sentiasa dekat dan dapat menemani sepanjang tempoh rawatan.
 
Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan akan meneliti keperluan keluarga ini dari semasa ke semasa bagi mempertimbangkan bantuan-bantuan susulan yang boleh disalurkan.
 
Semoga sedikit bantuan ini dapat meringankan beban mereka, dan semoga adik Nur Aira Melissa terus diberikan kekuatan, dipermudahkan rawatan serta dikurniakan kesembuhan yang sempurna.