
HULU LANGAT, 19 Mac – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah memperuntukkan sejumlah RM20 juta bagi Program Bantuan Membina dan Membaikpulih Rumah, Masjid/Surau, Institusi Pendidikan & Kebajikan Akibat banjir di Seluruh negara. Peruntukan ini telah disalurkan kepada Yayasan Taqwa- MAIWP yang bertindak selaku penyelaras bagi program bantuan musibah ini.
Majlis pada hari ini merupakan penyerahan rumah bantuan siap dibina yang telah terkesan dengan musibah banjir pada Disember 2021. Sehingga kini, sebanyak 30 buah rumahtelah dibina semula termasuk sebuah rumah yang akan diserahkan pada majlis hari ini. Selain itu, sebanyak 3,542 buah rumah kediaman untuk dibaikpulih manakala 68 buah institusi pendidikan serta 393 buah masid/surau di seluruh negara telah disantuni akibat musibah bersesuaian dengan tahap kemusnahan masing-masing.
Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd
Na’im Bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dengan menyerahkan replika kunci Bayt al-Rahmah sebagai simbolik penyerahan rumah kepada mangsa banjir di Kampung Orang Asli Paya Lebar, Hulu Langat, Selangor. Turut hadir bersama Yang Berhormat Tuan Mohd Sany Bin Hamzan, Ahli Parlimen Hulu Langat, Y.Bhg. D.r Muhammad Razak Bin Idris, Setiausaha Politik Yang Berhormat Menteri, Tuan Mohd Nizam Bin Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Taqwa – MAIWP, Pengerusi JPKK Kampung Orang Asli Paya Lebar, Tok Batin, Pegawai Tadbir Daerah Hulu Langat, Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah Hulu Langat, dif-dif jemputan serta keluarga mangsa banjir yang terlibat.
Antara objektif utama program ini dilancarkan adalah untuk memberi semangat dan kelegaan mereka vang terkesan akibat banir melalui bantuan membina dan baikpulih selain dapat meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa dan keluarga.
Mudah-mudahan dengan sumbangan kecil ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan kualiti hidup serta motivasi para penerima sumbangan untuk menalani kehidupan yang lebih baik.