PROGRAM JOM KE SEKOLAH 2020, KAWASAN BATANG SADONG, SARAWAK

/ / Pendidikan

Seramai 400 orang pelajar sekolah rendah daripada keluarga yang kurang berkemampuan di kawasan Batang Sadong, Sarawak telah menerima bantuan persekolahan sempena Program Jom Ke Sekolah 2020, Kawasan Batang Sadong, Sarawak yang telah diadakan pada 30 November 2020 bertempat di Sekolah Kebangsaan Abang Kadir Gedong, Batang Sadong, Sarawak. Program anjuran bersama Yayasan Taqwa-MAIWP dan Persatuan Amal Kemanusiaan Malaysia (Sarawak) ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Yayasan Taqwa-MAIWP, Y.Bhg. Tuan Haji Abang Ahmad Kerdee Bin Abang Masagus. Turut hadir menyerikan majlis, Pengerusi Persatuan Amal Kemanusiaan Malaysia (Sarawak), Y.Bhg. Encik Andri Zulkarnaen Bin Hamden dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Taqwa-MAIWP, Y.Bhg. Tuan Haji Ismail Bin Yahaya. Bagi Program Jom Ke Sekolah 2020 Kawasan Batang Sadong pada kali ini, Yayasan Taqwa-MAIWP telah menyumbangkan sumbangan berbentuk set pakaian dan peralatan persekolahan  kepada pelajar-pelajar yang terpilih yang datang daripada keluarga yang kurang berkemampuan.  Melalui ucapan   Pengerusi Yayasan Taqwa-MAIWP, beliau mengingatkan para pelajar agar mengikuti perkembangan teknologi pada masa kini agar tidak ketinggalan. Beliau juga menyatakan tujuan sumbangan ini diberikan adalah bagi memastikan pelajar-pelajar tersebut belajar dalam keadaan yang lebih selesa dengan pakaian baru. Selain itu juga, ia juga bagi membantu pelajar-pelajar berkenaan berjaya di alam persekolahan dan menjadi insan yang berguna pada masa hadapan kelak.