Program Ntoi Harmoni, Pos Lenjang, Lipis Pahang

/ / Dakwah

Program “Ntoi” Harmoni (Program Mega Dakwah) anjuran Bahagian Dakwah JAKIM dengan kerjasama MUIP, JAIP, Yayasan Taqwa, JAKOA dan Daie Belantara di KOA Dayok, Pos Lenjang, Lipis Pahang pada 6-8 Mac 2020.

Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan seperti sukaneka bersama penduduk kampung, pertandingan mewarna utk kanak2, pertandingan tatarias dan peragaan utk wanita selain makan bersama2 penduduk kampung. Selain itu, sumbangan barangan runcit harian turut disampaikan kepada 5 buah kampung iaitu KOA Dayok, KOA Soh, KAO Titom, KOA Nangka dan KOA Rakoh sebanyak 200 buah keluarga. Turut dilaksanakan pengislaman sebanyak 10 orang dan juga meraikan 2 pasang pengantin orang asli pada malam hari kedua.

Perasmian program telah disempurnakan oleh Tuan Haji Aziz bin Haji Mohamad, Pengarah Kanan Bahagian Dakwah JAKIM dengan disaksikan oleh Encik Nik Mohd Ridzuan bin Nik Yaacob, Pengarah Bhgn Kewangan, Tuan Haji Hanifuddin bin Roslan, Pengarah Bhgn Kawal Selia Halal, Dato’ Haji Mohd Ghazali bin Abdul Aziz, Mantan Timb Pengarah JAIP dan juga Tok Batin Ramli, Tok Batin KOA Dayok.

Program sangat mendapat kerjasama yg menggalakkan daripada seluruh penduduk kampung dan diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan dalam usaha menyebarkan dakwah kepada mereka yang belum islam terutamanya masyarakat orang asli.