PROGRAM SAHSIAH UNGGUL INDIVIDU TERBILANG (SUIT) 2019, PERINGKAT NEGERI KELANTAN

/ / Pendidikan

Pada 16 Julai 2019, Yayasan Taqwa (MAIWP) telah mengadakan Program Sahsiah Unggul Individu Terbilang (SUIT) 2019, Peringkat Negeri Kelantan kepada seramai 200 orang pelajar (tingkatan 3 hingga 5) daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indera Petra, Gua Musang. Program yang memfokuskan kepada pembentukan sahsiah diri pelajar khususnya kepada pelajar di peringkat menengah ini telah dilaksanakan bertempat di Dewan SMK Sungai Rambai. Pelaksanaan program ini adalah berobjektifkan untuk memberi kesedaran dan membentuk para pelajar khususnya pelajar tingkatan 3 hingga 5 (peringkat kritikal dalam menempuh usia remaja) ke arah mempunyai keperibadian dan sahsiah diri yang baik. Melalui program yang dikendalikan oleh penceramah khas, Ustaz Ebit Lew dan Ustaz Saifullah ini, peserta dirangsang untuk melakukan perubahan diri melalui integrasi pada peringkat fizikal, mental, rohani, emosi dan sosial. Program ini juga dijalankan bagi membina keyakinan diri pelajar bahawa mereka telah dicipta dengan sebaik kejadian dan bukan dicipta untuk gagal. Peserta juga akan dibimbing untuk membuat persediaan untuk menghadapi cabaran dunia di masa akan datang dengan jati diri yang mantap dan komunikasi yang cemerlang. Melalui maklumbalas yang diberikan oleh guru bimbingan dan kaunseling di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indera Petra, beliau berpandangan secara keseluruhan program berjalan dengan lancar seperti yang dirancang dan respon yang diberikan oleh pelajar (peserta program) adalah diluar jangkaan.