PROGRAM SKUAD KECEMERLANGAN AKADEMIK (SCAD) 2018, PERINGKAT NEGERI KELANTAN

/ / Pendidikan

Seramai 450 orang pelajar yang juga calon yang akan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) telah menyertai Program Skuad Kecemerlangan Akademik (SCAD) 2018 Peringkat Negeri Kelantan yang telah diadakan pada 7 Jun 2018 bertempat di Dewan Besar Yayasan Islam Kelantan, Kota Bharu, Kelantan. Program anjuran bersama Yayasan Taqwa (MAIWP) dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dengan kerjasama Yayasan Islam Kelantan (YIK) ini melibatkan seramai 20 orang guru pengiring dan telah dilaksanakan oleh 5 orang barisan fasilitator daripada Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS). Antara objektif utama diadakan program SCAD ini adalah untuk membentuk generasi pelajar yang bermotivasi dan komited dalam meningkatkan kualiti dan kecemerlangan diri, membina tahap keyakinan yang tinggi dan dapat membentuk semangat berpasukan yang mantap dan penyayang selain dapat mendedahkan kepada masyarakat berkenaan peranan yang dimainkan oleh institusi zakat seperti Yayasan Taqwa (MAIWP) dalam membantu meningkatkan pencapaian akademik para pelajar Islam di seluruh negara. Selain itu, para pelajar juga dapat mempelajari teknik untuk menjawab soalan peperiksaan daripada guru-guru pakar serta membuka minda pelajar mengenai hala tuju mereka selepas peperiksaan.