Program Ziarah Kasih Zon Utara 2018

/ / Kebajikan

Program yang disempurnakan oleh KPE Yayasan Taqwa serta wakil MAIWP Ust Fadzli berlangsung selama 3 hari 2 malam meliputi kawasan Baling, Kedah dan Pengkalan Hulu, Perak. Program yang berbentuk komuniti servis ini memfokuskan kepada penerima-penerima yang memerlukan dikawasan tersebut. Beberapa aktiviti telah dibuat antaranya adalah, sukaneka untuk kanak-kanak serta perlawanan Carom diantara urusetia dan orang kampung. Sumbangan berbentuk barangan makanan serta pakaian sekolah telah disampaikan oleh Tn Haji Zabidi Bin Nasan diiringi Ust Fadzli kepada hampir 50 orang penerima.  Sumbangan seterusnya disempurnakan oleh Ust Fadzli untuk Pondok Pakteh, Pengkalan hulu. Pondok yang berusia hampir 70 tahun itu amat memerlukan dana bagi menampung perbelanjaan harian pelajar. Perjalanan program berakhir dengan gotong royong kawasan kubur yang terletak di Kampung Kuak Hulu. Kehadiran hampir 20 orang belia serta penduduk kampung merancakkan lagi acara penutup ini. Diharapkan segala bantuan yang disampaikan dapat memberi manfaat kepada semua.