RM 78,000 Disalurkan kepada Mangsa Ribut di Kuala Besut

/ / Dakwah
18 Julai 2022, Kuala Besut, Terengganu – Satu kejadian ribut telah berlaku di Daerah Kuala Besut pada 9 Julai 2022 yang lalu di malam hari raya Aidiladha. Sebanyak 264 buah rumah yang terkesan dengan bencana ribut ini.
 
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) melalui Yayasan Taqwa dengan kerjasama Bahagian Dakwah JAKIM telah mengadakan Majlis Penyerahan Replika Cek Sumbangan Bantuan Mangsa Ribut di Kuala Besut, Terengganu. Yayasan Taqwa- MAIWP telah menyalurkan sumbangan berjumlah RM 78,000.00 bagi membantu baikpulih rumah yang terkesan dengan bencana ribut di terengganu.
 
Majlis Penyerahan tersebut telah disampaikan oleh Dato’ Haji Razali bin Shahabudin kepada Tuan Haji Azbi bin Salleh , Pegawai Penyelaras Masyarakat DUN Kuala Besut . Turut hadir pada Majlis Penyerahan ini ialah Tuan Haji Ruslan bin Said , Pengarah Kanan Bahagian Dakwah JAKIM, serta beberapa orang pegawai daripada Bahagian Dakwah JAKIM dan Yayasan Taqwa.
 
Semoga sumbangan ini dapat membantu sedikit sebanyak meringankan beban , sekaligus dapat memupuk masyarakat bagi menggalakkan beribadah walaupun dalam keadaan ditimpa ujian oleh Allah S.W.T.