
6 Ogos 2022, Papar -Yayasan Taqwa MAIWP mendapat maklumat tentang kejadian Masjid Nurul Iman Taman Pantai Lok Kawi, Papar, Sabah musnah hampir 95% akibat kebakaran yang berlaku pada 27 Julai 2022, jam 3:00 pagi yang lalu.
Pihak Yayasan Taqwa MAIWP juga telah memperuntukan bantuan sumbangan berjumlah RM20,000.00 kepada Masjid Nurul Iman, Taman Pantai Lok Kawi, Papar, Sabah.
Majlis ringkas diadakan bertempat di Dewan Serbaguna Lok Kawi simbolik penyerahan replika cek yang disampaikan oleh Pengerusi Yayasan Taqwa MAIWP, YBhg. Dato’ Haji Razali bin Haji Shahabudin kepada Pengerusi Masjid Nurul Iman serta disaksikan oleh AJK Masjid. Majlis diakhiri dengan doa penutup oleh Imam Shahbani bin Idris (Imam Rawatib Masjid Nurul Iman).
YBhg. Dato’ Haji Razali turut diiringi oleh Pengerusi Masjid turun ke tapak kejadian bagi melihat kemusnahan yang berlaku.
Semoga sumbangan yang disalurkan ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh pihak Masjid dan ahli khariah.