
12 September 2025, Kulai – Surau Nurul Haq, Kampung Sungai Sayong 1, Kulai sebelum ini menerima sebuah van jenazah terpakai daripada Muzium Diraja Johor. Namun, baru-baru ini van tersebut telah dicuri dan terbabit dalam kemalangan sehingga rosak keseluruhan serta tidak dapat digunakan lagi.
Atas dasar prihatin dengan musibah ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Bin Haji Mokhtar telah tampil menghulurkan bantuan.
Melalui Yayasan Taqwa – MAIWP, YB Menteri menyampaikan sumbangan berjumlah RM50,000. Agensi-agensi lain juga turut memberi sumbangan bagi menampung kos pembelian van jenazah baharu demi kegunaan penduduk Kg. Sungai Sayong.
Semoga sumbangan untuk pembelian van yang baharu ini memberi kemudahan dan manfaat yang besar kepada penduduk kampung serta memberi kelancaran urusan fardhu kifayah di kampung ini.