Sumbangan Bantuan Kepada Maahad Tahfiz

/ / Kebajikan
25 Oktober 2023 , Manjung – Majlis penyerahan sumbangan bantuan kepada Maahad Tahfiz Dar Al Abrar telah diselaraskan oleh Yayasan Taqwa MAIIWP dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
 
Umum mengetahui bahawa kos keperluan harian seperti makan dan minum telah berlaku peningkatan yang ketara. Bagi sesetengah golongan, peningkatan kos sara hidup ini tidak memberi kesan kepada mereka, akan tetapi, bagi golongan yang kebanyakkannya daripada golongan B40 amat terkesan dengan kenaikan harga barangan keperluan harian.
 
Melihat kepada perkara ini, Yayasan Taqwa MAIWP dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyalurkan bantuan bagi pelajar pelajar asnaf disitu.
 
Turut diadakan penyerahan sumbangan barangan dan majlis penyerahan cek cura.
Penyampaian cek cura disempurnakan oleh Ketua Unit Pentadbiran & Sumber Manusia YTWP, Ybhg Cik Hajah Nurul Farhana Bt Mohd Noor, diiringi oleh Pengerusi Maahad Tahfiz Dar Al Abrar, Ybhg Ust Ibrahim Bin Zakaria dan Ketua unit kompetensi & inovasi Bahagian Pembangunan Sumber Manusia MAIWP Ybhg En.norshahzril bin ahmad.
 
Semoga dengan penyampaian sumbangan ini dapat membantu meringankan beban dan melancarkan lagi program serta aktiviti yang dijalankan oleh pihak maahad.
“Sebaik baik manusia adalah yang paling banyak memberi manfaat dan kebaikan kepada orang lain” – (HR Ahmad, ath-Thabrani, ad-Daruqutni)