SUMBANGAN KEPADA ANGGOTA BOMBA CEDERA PARAH

/ / Kebajikan

Baru-baru ini negara digemparkan dengan berita rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya. Dalam kejadian itu, seorang anggota bomba, Muhammad Adib dipercayai dipukul sekumpulan perusuh ketika dalam operasi memadam kebakaran kenderaan di hadapan kuil itu. Kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman menyebabkan Muhammad Adib berada dalam keadaan kritikal dan ditempatkan di dalam unit rawatan rapi (ICU) dan sekarang bergantung kepada alat bantuan pernafasan di Subang Jaya Medical Centre (SJMC) dan dipindahkan je Institut Jantung Negara (IJN) tidak lama selepas itu. Yayasan Taqwa mengambil langkah pantas dengan menyumbangkan bantuan berupa wang tunai  di bawah Skim Pesakit Kronik dan telah disampaikan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama), YB Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa ditemani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan, Tn Haji Zabidi Bin Nasan.