SUMBANGAN KEPADA MAHASISWA

/ / Pendidikan
4 Sept 2020, Pengkalan Chepa, Satu Forum bertajuk Al-Qawiyyul Amin telah diadakan di Masjid Assalam Pengkalan Chepa, Kelantan yang dianjurkan oleh JAKIM.
Peserta yang hadir adalah dari kalangan pelajar IPTA/IPTS. Forum tersebut dimoderatorkan oleh Ustaz Mohd Hariri bin Mohamad Daud (JAKIM), antara Ahli panel yang hadir adalah Pengarah Urusetia Belia dan Sukan, Ustaz Nasruddin bin Mahmud Muhaidin dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, YB Ustaz Haji Wan Roslan bin Wan Hamat.
Yayasan Taqwa-MAIWP juga turut menyampaikan sumbangan wang tunai kepada pelajar-pelajar IPTA/IPTS seramai 292 orang penerima yang telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama), YB Tuan Haji Ahmad Marzuk bin Shaary serta diiringi Ketua Pegawai Eksekutif YTWP-MAIWP, Tuan Haji Zabidi bin Nasan.
Semoga sumbangan yang disampaikan kepada pelajar-pelajar ini dapat meringankan beban kewangan keluarga dan dapat menyuntik semangat kepada pelajar untuk terus menuntut ilmu.