Sumbangan kepada Mangsa Musibah Banjir, Benut

/ / Kebajikan
05 Jan. 2023, Johor – MAIWP melalui Yayasan Taqwa dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menyalurkan sumbangan berupa bakul makanan kepada mangsa banjir di Kg. Orang Asli Benut, Pontian Johor. Sumbangan bantuan ini melibatkan 41 keluarga yang terlibat dalam musibah banjir yang berlaku baru-baru ini.
 
Penyampaian sumbangan ini disampaikan oleh Prof. Dr. Badlihisham Bin Mohd Nasir dari Akademi Tamadun Islam Fakulti Sains Sosial dan Kemanusian di Surau Kg. Orang Asli Benut.
 
Turut hadir bersama Pen. Ketua Unit Kebajikan, Mohd Faris Bin Omar dan Pen. Ketua Unit Dakwah, Ust. Muhaimin Bin Yusoff serta wakil-wakil yang terlibat.
 
Semoga dengan penyampaian ini sumbangan ini dapat meringankan beban mangsa yang terlibat dengan musibah ini.
“Sebaik baik manusia adalah yang paling banyak memberi manfaat dan kebaikan kepada orang lain” – (HR Ahmad, ath-Thabrani, ad-Daruqutni)