
27 Mac 2023, Kemboja- Delegasi dari Yayasan Taqwa – MAIWP turut serta dalam Majlis Iftar Khas yang dihoskan oleh Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen bersama- sama golongan ilmuwan dan dihadiri oleh 6,000 masyarakat Islam di Kemboja.
Majlis tersebut dihadiri oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia dan YB Senator Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im Hj.Mokhtar, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Manakala deligasi Yayasan Taqwa- MAIWP diketuai Pengerusi Yayasan Taqwa-MAIWP, Profesor Dr. Mohd Roslan bin Mohd Nor, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Taqwa – MAIWP, Tuan Haji Zainal Abidin bin Shaik Zakaria, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Taqwa-MAIWP, Datuk Mohd Ajib bin Ismail, dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa-MAIWP, Tuan Haji Zabidi bin Nasan.
Seusai majlis Iftar tersebut, YAB Perdana Menteri menziarahi Masjid Al Serkal dan turut menunaikan solat tarawih bersama 300 jemaah di masjid tersebut.
Dalam sesi ziarah tersebut Yayasan Taqwa-MAIWP turut menyalurkan sumbangan RM 50,000 bagi kegunaan penambahbaikan masjid tersebut. Gimik serahan “mock check” disampaikan oleh YB Menteri (Hal Ehwal Agama) Malaysia kepada Menteri Kanan Tugas-Tugas Khas Kemboja bagi Hal Ehwal Islam dan disaksikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.
Semoga dengan sumbangan ini dapat menambahbaik infrastruktur dan fasiliti masjid dan memberi kemudahan kepada para jemaah sekaligus dapat mengimarahkan masjid ini sebagai pusat untuk ummat Islam khususnya di Kemboja.