
09 September 2025, PERAK – Satu majlis penyerahan cek cura telah berlangsung di Pusat Jagaan Anak Yatim Tasawwur Islam Perak. Penyerahan cek cura tersebut telah disempurnakan oleh Ybhg. Tn. Hj. Aziz Bin Jalal, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Taqwa MAIWP. Turut hadir bersama Pengerusi Pusat Jagaan Anak Yatim Tasawwur Islam Perak, Datuk Seri Ahmad Bin Awang dan barisan Ahli Jawatankuasa pusat jagaan berkenaan.
Untuk makluman, pusat jagaan ini menempatkan seramai 20 orang anak yatim yang bernaung di bawah pengurusan Tasawwur Islam Perak. Sumbangan ini bertujuan bagi menampung sebahagian kos perbelanjaan harian, khususnya dari aspek makanan, minuman, pendidikan serta keperluan asas lain yang diperlukan oleh anak-anak yatim tersebut.
Semoga sumbangan ini memberi manfaat besar kepada anak-anak yatim dan membentuk sahsiah yang cemerlang serta meringankan tanggungan pihak pengurusan.