Sumbangan Kerusi Roda Elektrik Kepada Pesakit Strok

/ / Kebajikan
SUMBANGAN KERUSI RODA ELEKTRIK RINGANKAN BEBAN PESAKIT STROK
 
Kota Bharu, 2 Januari 2026 – Yayasan Taqwa MAIWP telah menyampaikan sumbangan sebuah kerusi roda elektrik kepada Encik Ahmad Jafri bin Mohamed, seorang pesakit strok sebelah kiri akibat tekanan darah tinggi.
 
Beliau pernah mengalami dua kali serangan strok, iaitu pada tahun 2022 dan 2024, yang menyebabkan beliau tidak lagi mampu bekerja serta tidak dapat meneruskan penglibatan aktif dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Sebelum ini, beliau pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan dan Setiausaha Persatuan Beca Pelancong Kota Bharu.
 
Kini, beliau menetap bersama kedua-dua ibu bapanya di Kampung Teluk Chat, Kota Bharu, dan memerlukan bantuan pergerakan dalam menjalani kehidupan seharian.
 
Sumbangan kerusi roda elektrik ini diharapkan dapat memudahkan pergerakan, meningkatkan kualiti hidup serta memberi keselesaan kepada beliau.
Inisiatif ini selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan nilai ihsan, kesejahteraan dan keprihatinan terhadap golongan yang memerlukan agar tiada yang tercicir daripada arus pembangunan negara.
 
Semoga sumbangan ini memberi manfaat dan menjadi pemangkin kepada kesejahteraan berterusan.