Sumbangan Untuk Pembangunan Surau Chemperoh

/ / Dakwah
16 Ogos 2025, Janda Baik, Pahang – Surau At-Taqwa, Kampung Chemperoh, menerima sumbangan dana bagi tujuan projek naik taraf melalui satu majlis ringkas yang berlangsung di Surau At-Taqwa.
 
Majlis dimulakan dengan solat Zohor berjemaah bersama penduduk setempat yang diimamkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar.
 
Acara diteruskan dengan penyerahan simbolik replika cek sumbangan kepada Pengerusi Surau At-Taqwa. Penyerahan ini telah disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, dengan diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa MAIWP, Tuan Haji Abdullah Zuhdee bin AB Halim.
Selesai penyerahan, YB Menteri turut berkesempatan meninjau Surau At-Taqwa bagi melihat secara dekat keadaan semasa serta penambahbaikan yang bakal dilaksanakan melalui dana yang disalurkan.
 
Sumbangan ini diharap dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi kerja-kerja pembangunan serta baik pulih surau, seterusnya menyediakan kemudahan yang lebih selesa untuk kegunaan jemaah dan mengimarahkan lagi syiar Islam di Kampung Chemperoh.