Tahniah Diatas Perlantikan Pengerusi MAIWP Yang Baharu

/ / Berita YTWP

Ketua Pegawai Eksekutif dan Kakitangan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah diatas perlantikan YBhg. Dato’ Sri Syed Hussien Abd Kadir sebagai  Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)  yang baharu.

PUTRAJAYA 4 Januari – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mengumumkan pelantikan Pengerusi yang baharu, YBhg. Dato’ Sri Syed Hussien Abd Kadir. Pelantikan beliau adalah bagi mengisi jawatan tersebut yang sebelum ini dijawat oleh YBhg. Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM).

YBhg. Dato’ Sri Syed Hussein merupakan Timbalan Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) yang juga Setiausaha Agung Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM). Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam hubungan antarabangsa menerusi perkhidmatan beliau sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik di beberapa Kedutaan Malaysia di luar negara termasuk menjadi Duta Besar Malaysia ke Emiriah Arab Bersatu pada tahun 2000 hingga 2003. Beliau juga memegang jawatan sebagai Pengarah Dagang Net, Ahli Lembaga Pengarah SME Corp dan Member of the Board of Governors Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Pelantikan ini telah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Redzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Timbalan Yang Di-Pertuan Agong berkuatkuasa 1 Januari 2019 sehingga 31 Januari 2021.

Surat pelantikan telah diserahkan oleh Menteri di JPM, YB Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof dalam satu majlis di Kompleks Islam Putrajaya.

Yayasan Taqwa  Wilayah Persekutuan  amat mengalu-alukan perlantikan ini, semoga dengan perlantikan ini dapat meneruskan kesinambungan kecemerlangan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Agensi-agensi dibawahnya.