Yayasan Taqwa MAIWP Santuni Mangsa Bencana Ribut dan Musibah Kebakaran

/ / Kebajikan
3 Julai 2022, Pengkalan Chepa, Kelantan –
Baru-baru ini kawasan Pengkalan Chepa telah dikejutkan dengan kejadian bencana ribut dan musibah kebakaran, kejadian tersebut berlaku di beberapa kampung dalam kawasan Pengkalan Chepa.
Oleh kerana itu, sebanyak 11 buah rumah telah terkesan akibat bencana ribut sehingga merosakkan sebahagian daripada rumah mereka. Manakala 2 buah rumah telah ditimpa musibah kebakaran yang merangkumi hampir separuh dari rumah mereka dijilat api dalam sekelip mata. Mangsa juga turut kehilangan harta benda seperti kereta dan motosikal akibat kebakaran tersebut, namun tiada kemalangan jiwa berlaku.
Yayasan Taqwa-MAIWP dengan kerjasama Pusat Khidmat Parlimen Pengkalan Chepa telah menyalurkan sumbangan berupa wang tunai kepada mangsa-mangsa musibah tersebut.
Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh YB Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) merangkap Ahli Parlimen Pengkalan Chepa. Dalam program tersebut YB Timbalan Menteri turut turun padang dan menyantuni serta bertanya khabar mangsa dengan memberi kata-kata semangat buat mangsa-mangsa yang terlibat.
Semoga dengan sumbangan ini dapat meringankan sedikit sebanyak beban dan penderitaan yang ditanggung mangsa sekaligus dapat mengembalikan semula kehidupan mangsa seperti sediakala.