Ziarah Musaadah bersama asnaf B40

/ / Dakwah
2 Oktober 2021, Kampung Nelayan, Pulau Perhentian, Terengganu. Yayasan Taqwa-MAIWP dengan kerjasama JAKIM, MAIDAM, Takaful Malaysia Berhad dan YaPIEM, menyalurkan bantuan sumbangan kepada asnaf dan penduduk kategori B40 yang terkesan akibat Covid 19.
 
Walaupun Negara kita bakal beralih ke fasa endemik Covid namun masih ramai penduduk yang terkesan dari segi sumber pendapatan dan kewangan. Antara punca pendapatan penduduk disini adalah sektor pelancongan, peniaga kecil dan hasil laut.
Oleh itu, satu program Ziarah Musaadah dakwah diadakan bagi menyampaikan sumbangan sekaligus dapat mengeratkan hubungan bersama penduduk setempat. Majlis dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) JPM, YBhg. Datuk Mohammad bin Ismail dan simbolik penyampaian sumbangan kepada penduduk diadakan di medan selera Kampung Nelayan Pulau Perhentian pada jam 11:00 pagi.
 
Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM, YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Mufti Negeri Terengganu, S.S Prof. Madya Dr. Mohamad Sabri bin Haron, Adun Kuala Besut, YB.Tengku Zaihan bin Che Ku Abd. Rahma, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa-MAIWP, Tuan Haji Zabidi bin Nasan, Pengarah Kanan Dakwah JAKIM, Tuan Haji Ruslan bin Said serta Penolong Pengurus Besar Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad, Tuan Haji Omar bin Mohamed.
 
Pada jam 3:00 petang, rombongan diteruskan dengan menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada penduduk kampung dari rumah ke rumah. Sumbangan yang diberikan berbentuk wang tunai dan sedikit keperluan dapur. Setiap penerima amat bersyukur dengan kehadiran kami. Kegembiraan mereka terselah apabila senyuman yang terukir itu dapat mengubati musibah yang mereka hadapi sebelum ini.
 
Semoga sumbangan yang disalurkan ini dapat meringankan beban mereka sekaligus dapat mengeratkan hubungan silaturahim.