20 buah Telaga Air Bersih untuk Kemboja

/ / Kebajikan
6-8 Januari 2023, Kemboja – Delegasi Yayasan Taqwa-MAIWP telah mengadakan Lawatan kerja ke Kemboja, dalam siri lawatan tersebut disertai Pengerusi Yayasan Taqwa- MAIWP, Prof Dr Mohd Roslan Bin Mohd Nor, Ahli lembaga Yayasan Taqwa-MAIWP, Tuan Haji Zainal Bin Shaik Zakaria Dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa-MAIWP, Tuan Haji Zabidi Bin Nasan serta ahli rombongan yang terlibat.
 
Ketibaan kami di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh tepat 11.30 pagi disambut oleh H.E Mohamad Farid Hosen (Ministry of Culture and Religion) Kemboja. Setelah Solat jumaat di Masjid Al-Serkal, Phnom Penh delegasi Yayasan Taqwa berkesempatan bersua muka bersama Oknha Datuk Dr Othsman Hassan Senior Minister (Islamic Affairs) yang turut solat di masjid yang sama.
 
Usai berjumpa dengan Menteri Agama Kemboja, delegasi Yayasan Taqwa-MAIWP bergerak ke Cambodia Universiti of Management and Technology bagi sesi lawatan dan penyampaian sumbangan kepada pelajar universiti tersebut.
 
Pada kesempatan itu juga delegasi Yayasan Taqwa-MAIWP turut mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Mufti YM SS Tuan Hj Kamarruddin bin Hj Yusuf di Sekolah Agama KM 9 Phnom Penh.
 
Pada hari berikutnya delegasi meneruskan lawatan ke Kampung Tol pur, Wilayah Kampung Cham, dimana Yayasan Taqwa telah menyumbangkan 20 buah Wakaf Telaga Air bersih bagi kegunaan Masyarakat Islam diperkampungan tersebut. Dalam masa yang sama turut diadakan sesi ramah mesra bersama penduduk disamping bertanya khabar.
 
Delegasi turut menziarahi Madrasah Norol Iman, Wilayah Kandal dimana madrasah tersebut merupakan salah satu tempat mengumpulkan anak-anak asnaf dan anak yatim bagi memberi peluang kepada mereka untuk mendapatkan ilmu pendidikan yang sepatutnya.
 
Semoga dengan sumbangan ini dapat memberikan semangat dan sokongan kepada Saudara Islam di Kemboja dan memudahkan pelaksanaan aktiviti harian mereka serta membantu anak- anak bagi mendapatkan pendidikan yang lebih sempurna.