SUMBANGAN KEPADA MANGSA GEMPA BUMI PALU, SULAWESI, INDONESIA

/ / Kebajikan

Baru-baru ini dunia digemparkan sekali lagi dengan kejadian gempa bumi di Palu, Sulawesi Indonesia. Bencana yang berlaku pada 28 September 2018 itu mengorbankan hampir 400 orang penduduk kampung manakala seramai 5000 mangsa masih hilang. Setelah beberapa tahun gempa bumi yang menyebabkan tsunami di Aceh, kejadian di Palu amat memberi kesan yang sangat teruk terutamanya di daerah Palu, sehingga diberitakan keadaan di sana umpama padang jarak padang tekukur. Berdasarkan apa yang berlaku di Palu, Yayasan Taqwa telah menyumbang sebanyak RM200,000.00 bagi pembangunan semula palu, pembelian barang makanan dan ubat-ubatan. Dalam pada itu, pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan serta JAKIM juga memainkan peranan didalam sumbangan bencana ini. Sumbangan disampaikan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama), YB Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa.