
18 Julai 2020, Bukit Payong. Majlis Penyerahan Musaadah Covid19 kepada penduduk sekitar Bukit Payong. Seramai 200 orang penerima sumbangan musaadah covid19 di Dewan terbuka Kampung Sena Rendang Bukit Payong Marang.
Majlis penyerahan disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), YB Senator Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri serta diiringi ADUN Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah.
Program Penyerahan Musaadah Covid19 merupakan kerjasama dari YaPIEM, JAWHAR, Yayasan Taqwa-MAIWP, MAIDAM dan Yayasan Waqaf Malaysia bagi membantu meringankan beban penduduk sekitar. Bantuan berupa barang keperluan asas makanan yang bernilai RM100 setiap penerima.
Turut hadir ADUN Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah, Ketua Pegawai Eksekutif YTWP, Tuan Haji Zabidi Bin Nasan, Pemangku KPE YaPIEM, Puan Parihah Binti Hasan, Ketua Pengarah JAWHAR, Tuan Haji Ruslan Bin Said, KPE PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Bin Yusoff, Pemangku KPE Yayasan Waqaf Malaysia, En. Abdul Halim Bin Mat Yusop.
Semoga Program Musaadah Covid19 ini dapat meringankan beban yang dihadapi mangsa yang terjejas akibat Pandemik Covid.