Laman Web Rasmi Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan

  • Laman Utama
  • Kenali Kami
    • Sejarah Penubuhan
    • Peranan Utama
    • Objektif Korporat
    • Visi & Misi
  • Teras Utama
    • Pendidikan
    • Kebajikan
    • Dakwah
  • Hubungi Kami
    • Lokasi Kami
    • Ahli Lembaga Pemegang Amanah
    • Direktori Staf
    • Pertanyaan / Aduan / Cadangan
  • Tender
    • Kenyataan Tender yang telah diterima
  • Home
  • Dakwah
  • KONVOI KEMBARA ZAKAT 2016

KONVOI KEMBARA ZAKAT 2016

by Unit Dakwah / Friday, 10 February 2017 / Published in Dakwah

Yayasan Taqwa telah bekerjasama dengan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Majlis Agama Islam Ngeri (MAIN), Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dan Agensi Mengurus Zakat (AMZ) menganjurkan program Konvoi Kembara Zakat  pada 14 – 16 Oktober 2016 peringkat negeri Kedah dimana lokasi yang dipilih adalah Jeniang – Sik – Baling dengan tema Al-Barakah : Kembara Zakat Kedah. Konvoi telah berkumpul di Hotel Tabung Haji Alor Setar, Kedah dan seterusnya dilepaskan (flag-off) menuju ke lokasi yang pertama iaitu Jeniang.

Program ini merupakan satu program yang dianjurkan untuk menambah pengetahuan serta berkongsi pengalaman sesama para peserta konvoi mengenai program-program agihan zakat yang telah dilaksanakan di negeri berkenaan. Disamping itu tujuan program ini adalah agar masyarakat mendapat maklumat mengenai peranan yang telah dimainkan oleh institusi-institusi zakat. Pemilihan pedalaman Negeri Kedah sebagai destinasi KKZ 2016 kali ini bertujuan untuk memaklumkan kepada masyarakat bahawa zakat turut diagihkan kepada semua golongan yang berkelayakan tidak kira di bandar mahupun di luar bandar. KKZ ini akan memberi pendedahan dan cadangan penambahbaikan kepada MAIN dan AMZ di negeri-negeri lain mengenai program-program agihan zakat yang boleh dilaksanakan kepada golongan asnaf yang berkelayakan.

 

Seramai 150 orang peserta konvoi yang terdiri daripada 37 buah kenderaan dilepaskan pada 16 Oktober 2016 oleh Y. Bhg. Dato’ Zahari Bin Ismail, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri Kedah. Para peserta konvoi telah  membuat lawatan ke Pusat haemodialisis, LZNK, tapak pembangunan Surau Al-Barakah KKZ 2016 Di Jeniang, Gurun dan Pondok Misbah Al-Falah, Parit Panjang, Baling seterusnya mengadakan aktiviti gotong royong.

 

Konvoi Kembara Zakat ini turut disertai Oleh Y. Bhg. Dato’ Sheikh Ghazali Bin Yaacob, Ketua Pegawai Eksekutif LZNK danY, Bhg Datuk Haji Anan Bin C Mohd, Ketua Pengarah (KP) JAWHAR pegawai-pegawai dari Yayasan Taqwa, JAWHAR, LZNK dan AMZ.

Tagged under: Dakwah

What you can read next

Program Ihya’ Ramadan Bersama Masyarakat Orang Asli Negeri Pahang
Sumbangan kepada Masjid Al Serkal, Kemboja
Ziarah Musaadah bersama asnaf B40

SEARCH

RECENT POSTS

  • Sumbangan Kepada Pusat Jagaan Anak Yatim

  • Bantuan bagi memperkukuhkan peranan Ma’ahad An Noer

  • Sumbangan Untuk Pembangunan Surau Chemperoh

logo-ppz-transparent
YAYASAN TAQWA WILAYAH PERSEKUTUAN

Tingkat 11, Bangunan PERKIM,
No. 150 Jalan Sultan Azlan Shah
51200 Kuala Lumpur. MALAYSIA.
No Tel : 03-4041 4155 / 4166
Email : [email protected]

  • GET SOCIAL

© 2023 HAK CIPTA TERPELIHARA. YAYASAN TAQWA WILAYAH PERSEKUTUAN. Disediakan oleh Unit Teknologi Maklumat

TOP