PROGRAM ZIARAH KASIH DAN DAKWAH KE SABAH

/ / Dakwah

Yayasan Taqwa Dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Markas Briged 12, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Sabah telah berjaya menganjurkan Program Ziarah Kasih Dan Dakwah Ke Sabah.

 

Program ini merupakan satu program yang dianjurkan bagi mendekati masyarakat Islam di Sabah yang tinggal jauh di kawasan pedalaman dan pulau. Penganjuran program ini adalah merupakan salah satu medium yang sangat berkesan untuk mendekati masyarakat Sabah yang bergama Islam sekaligus merapatkan ukhwah dan silaturrahim sesama Islam. Program ini juga jelas menunjukkan bahawa mereka yang tinggal di pedalaman tidak dipinggirkan.

 

Seramai 500 orang penduduk dari 5 buah kampung yang terdiri daripada dewasa dan kanak-kanak  menerima sumbangan yang diperuntukkan iaitu Kampung Kg. Rancangan Baru, Kg. Sg. Ambong, Kg. Lahat-lahat, Kg. Tanjung Kapar, Kg. Sokong Kecil. Selain itu sumbangan turut diberikan kepada Masjid Nurussaadah, Surau Syafaatul Kubra dan Surau As-syahid di Semporna, Sabah.

Program yang dianjurkan ini telah dihadiri dan disempurnakan oleh Yg. Berbahagia Datuk Haji Zainal Bin Jaffar, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Y. Bhg. Brigedier Jeneral Dato’ Mohd Nazri Bin Abidin, Panglima Briged Ke  12 Infantri, Tuan Haji Zabidi Bin Nasan, Pengurus Besar Yayasan Taqwa, Datin Hajah Saadiah Binti Abu Samah, Pengerusi Puspanita MAIWP, Haji Samin Bin Haji Ongki, Pengarah YADIM, Sabah, serta pegawai-pegawai dari MAIWP, Yayasan Taqwa, Markas Bridged Ke 12, dan YADIM, Sabah.

Seterusnya sumbangan turut diserahkan kepada 50 buah keluarga yang terlibat di dalam kebakaran di Kampung Bakau, Likar pada 14 Mac 2017 jam 7.00 pagi yang menyebabkan kemusnahan 50 buah rumah penduduk tempatan. Pada program ini YB Datuk Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Ayid, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah turut serta di dalam Majlis Penyerahan Sumbangan yang diadakan pada 1 April 2017 jam 3.00 petang bersama-sama keluarga mangsa yang terlibat di dalam kejadian kebakaran tersebut.

Diharapkan program sebegini akan diteruskan penganjuran ke seluruh negeri di Malaysia pada masa-masa akan hadapan demi memantapkan            medium dan mekanisma penyampaian dakwah dikalangan masyarakat.Sukacita dikemukakan laporan ini sebagai makluman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *