Yayasan Taqwa MAIWP Moving Forward 2023

/ / Berita YTWP
Pada 14-16 Januari 2023, Port Dickson, Negeri Sembilan – Retreat Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Taqwa-MAIWP telah diadakan. Retreat ini telah disertai oleh Pengerusi Yayasan Taqwa Y. Brs. Prof. Mohd Roslan Bin Mohd Nor, ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Taqwa-MAIWP Y.Bhg, Ustaz Mohd Nizam Bin Yahya, Y. Bhg. Datuk Haji Mohd Ajib Bin Ismail dan Y. Bhg. Tuan Haji Zainal Abidin Bin Shaikh Zakaria. Turut serta dalam bengkel ini ialah Y. Bhg. Ustaz Ahmad Talmizi Bin Yahaya, Pengurus Bahagian Agihan Zakat dan Y. Bhg. Tuan Haji Zabidi Bin Nasan, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa-MAIWP.
 
Sepanjang tiga hari retreat ini berlangsung, beberapa perkara telah dibincangkan antaranya pembentangan Bajet 2024, isu-isu dalam pelaksanaan garis panduan agihan dan yang menjadi fokus utama adalah halatuju Yayasan Taqwa-MAIWP untuk menjana pendapatan dan memperkasakan fungsi pelaksanaan dasar Yayasan Pendidikan di bawah Yayasan Taqwa-MAIWP.
 
Dua orang penceramah turut dijemput iaitu Y.Bhg. Dr. Rahmat Shazi, Pengarah Teknologi dari Shaz Innovation untuk satu sesi perkongsian Moving Forward Towards Sustainable Organization dalam usaha Yayasan Taqwa-MAIWP untuk menjana pendapatan melalui kutipan dan pengumpulan dana awam.
 
Penceramah kedua yang dijemput ialah Y.Bhg. Tuan Zulhairy Bin Zaidel, Penolong Kanan Pesuruhjaya, dari Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk menyampaikan Taklimat “Kesalahan Rasuah Oleh Organisasi Komersial” (Corporate Liability S17A MACC ACT 2009 (Pindaan 2018) kepada ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Taqwa-MAIWP dan pegawai serta kakitangan.
 
Sebagai satu organisasi yang menjalankan sebahagian fungsi MAIWP iaitu agihan, Yayasan Taqwa-MAIWP perlu bergerak dan mengembangkan skop untuk mengutip atau mengumpul sumbangan dana daripada masyarakat di luar sana.
 
Yayasan Taqwa akan menyahut cabaran ini, merangka perancangan dan aktiviti syarikat serta strategi yang relevan serta komprehensif selari dengan halatuju untuk menjana pendapatan dari pelbagai sumber dan pelaksanaan program bantuan yang berkesan dan berimpak tinggi.
 
Semoga melalui retreat ini memberi nilai tambah dan ilmu pengetahuan kepada semua dan untuk bekerja sebagai ibadah dengan meningkatkan sikap integrity secara tidak langsung menjadikan Yayasan Taqwa-MAIWP sebuah organisasi yang mapan dan berdaya saing.
 
Firman Allah SWT :
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (Amanah) Allah dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati Amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).
 
Pihak pengurusan mengucapkan jutaan terima kasih diatas kehadiran dan komitmen yang ditunjukkan oleh ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Taqwa-MAIWP, pegawai MAIWP serta kakitangan Yayasan Taqwa-MAIWP.