
19 Januari 2023, Kompleks Islam Putrajaya – Mendapat perkhabaran berita Encik Shaary Bin Ahmad yang mengerjakan umrah pada pertengahan Disember lalu telah diserang stroke ketika di Madinah dan menjalani rawatan di Hospital Mouwasat Medical Services, Arab Saudi. Setelah hampir dua minggu di hospital tersebut, kos perubatan En. Shaary semakin meningkat dan pihak keluarga telah berusaha membawa pulang kerana memerlukan sejumlah kos yang tinggi.
Atas dasar prihatin dan tanggungjawab, Yayasan Taqwa – MAIWP telah menyumbangkan sebahagian peruntukan kepada keluarga En. Shaary Bin Ahmad bagi menampung kos-kos rawatan dan perubatan.
Penyerahan sumbangan disampaikan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Bin Haji Mokhtar diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa – MAIWP, YBhg. Tuan Haji Zabidi Bin Nasan kepada anak Encik Shaary iaitu Saudara Amar Irfan.