Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)

/ / Kebajikan
19 Ogos 2023, Kuah Langkawi – Yayasan Taqwa MAIWP bersama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan mengadakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).
 
Yayasan Taqwa MAIWP turut menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada asnaf dan sumbangan kewangan serta peralatan kebersihan kepada Madrasah.
 
Sumbangan disampaikan oleh Timbalan Pengurus Pembangunan Sumber Manusia MAIWP, YBhg. Puan Yazah binti Ahmad dan diiringi oleh Ketua Unit Sumber Manusia Yayasan Taqwa MAIWP, YBhg. Cik Hajah Nurul Farhana binti Mohd Noor.
 
Seramai 65 orang asnaf yang menerima sumbangan bakul makanan dan dua Madrasah iaitu Pusat Tahfiz Al- Ahmadi dan Madrasah Al- Amin yang telah menerima sumbangan kewangan serta peralatan kebersihan.
 
Semoga sumbangan yang disampaikan dapat meringankan beban asnaf dan melancarkan aktiviti-aktiviti Madrasah yang telah dirancang.