SURAU UNTUK PEMBINAAN SURAU SMA AL-IHSAN, KUANTAN

/ / Kebajikan

Sejak negara menikmati arus permodenan yang pesat, pelbagai infrastuktur telah dibina bagi memberikan yang terbaik buat rakyat. Tidak dinafikan, sekolah antara infrastruktur yang paling banyak dibina sejak beberapa tahun yang lalu. Ianya dilengkapi dengan pelbagai prasarana seperti dewan makan, padang, bilik belajar yang selesa serta surau. Akan tetapi terdapat sekolah yang masih mencari peluang untuk membina serta menaiktaraf surau mereka. Pada waktu yang sama, Unit Kebajikan Yayasan Taqwa mengambil inisiatif untuk menyumbang sebanyak RM30,000.00 kepada Sekolah Menengah Agama Al Ihsan, Kuantan bagi pembinaan surau sekolah mereka. Sumbangan telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama), YB Hajah Fuziah Binti Salleh, turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Ust Abdul Aziz Bin Jusoh serta Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan, Tn Haji Zabidi Bin Nasan. Dengan ini diharapkan ianya mendapat manfaat kepada pelajar-pelajar sekolah tersebut.