MISI BANTUAN DAN ZIARAH PESAKIT KRONIK ZON PANTAI TIMUR 2016

/ / Kebajikan

Program ini berlangsung pada 1 hingga 3 Oktober 2016 dimana meliputi tiga negeri pantai timur iaitu, Pahang, Kelantan dan Terengganu. Program ini dijayakan oleh 4 orang pegawai Yayasan Taqwa dengan tujuan menyampaikan sumbangan serti bantuan kepada pesakit buah pinggang seluruh pantai timur. Kumpulan ini memulakan perjalan ke Pahang pada hari pertama dan memulakan program di Pusat Dialisis Pakar Kuantan. Seramai 28 orang pesakit menerima bantuan daripada Yayasan Taqwa, masing-masing menerima tunai sebanyak RM1,000.00. Perjalanan diteruskan ke Kelantan pada hari berikutnya dimana Pusat Dialisis Lestari menjadi tempat pilihan pegawai penyelaras. Seramai 27 orang pesakit menerima bantuan dan pada petangnya, terdapat ceramah serta minum petang. Pada hari terakhir, kumpulan ini menuju ke Pusat Rawatan Dialisis Puteri, Terengganu. Direkodkan seramai 24 orang pesakit menerima bantuan tunai. Kumpulan ini bertolak ke Kuala Lumpur pada hari berikutnya. Diharapkan program-program seperti ini dapat diteruskan bagi membantu golongan yang memerlukan.